Sembilan mangsa terlibat dalam kemalangan di Ladang Sabahan, Lahad Datu-Kunak

FOTO: ANGGOTA bomba dan penyelamat bertungkus lumus didalam mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan terbabit.

31 Januari 2018

LAHAD DATU – Sembilan orang cedera dalam satu kemalangan yang berlaku di Ladang Sabahan, Jalan Lahad Datu – Kunak kelmarin apabila van jenis Toyota yang dinaiki oleh mereka terbabas sendiri ke bahu jalan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.54 petang.

“Lima daripada mangsa tersebut telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba telah mengeluarkan empat lagi mangsa yang tersepit termasuk seorang wanita, dimana keempat mangsa telah mengalami kecederaan parah.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS, jentera APM dan ambulan,” katanya dan menambah umur keempat mangsa yang diselamatkan oleh pihak bomba itu dalam lingkungan 27 ke 53 tahun. 

Sejumlah 10 pegawai dan anggota bomba dan penyelamat terlibat didalam menyelamatkan mangsa terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *