Kemudahan di Anjung Siswazah Bandar Labuan perlukan perhatian segera!

FOTO: KEADAAN meja dan tempat duduk yang perlukan tindakan segera dari pihak berwajib.

5 Februari 2018

Anjung Siswazah atau Siswazah Corner yang terletak bersebelahan dengan Terminal Feri Antarabangsa Labuan perlukan perhatian segera dari pihak berwajib untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung.

Lokasi tersebut merupakan salah satu lokasi menarik di kawasan Bandar Labuan untuk bersantai terutamanya pada hujung minggu sambil menikmati juadah makanan dan minuman yang dijual oleh premis makanan di situ.

Namun demikian, kemudahan meja makan dan tempat duduk yang rosak, sedikit sebanyak mencacatkan pandangan mata pengunjung yang datang ke sana.

Bagi mereka yang datang bersama keluarga, sudah pastinya keadaan tersebut kurang menyenangkan.

Ini kerana, hanya beberapa buah meja dan tempat duduk yang masih dalam keadaan yang baik, sedangkan beberapa buah meja dan tempat duduk yang lain dalam keadaan yang dhaif.

Lokasi Anjung Siswazah ini begitu strategik sekali, dimana pengunjung boleh menikmati suasana laut dan juga Kampung Air Patau-Patau Satu serta sebarang aktiviti di laut terutamanya pada waktu petang.

Diharapkan tindakan segera akan diambil untuk memperbaiki kemudahan di Anjung Siswazah untuk keselesaan pengunjung yang datang ke situ. 

KEADAAN lantai di Anjung Siswazah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *