Labuan, Sabah, Sarawak dan Brunei ambil bahagian dalam pertandingan sukan ekstrem

Gambar: Zaini (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang dalam kategori papan luncur. Turut kelihatan ialah ahli jawatankuasa penganjur. 

15 Ogos 2016

LABUAN – Sejumlah 55 peserta daripada Labuan, Sabah, Sarawak dan Brunei telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Sukan Ekstrem Labuan yang diadakan di Labuan Times Square baru-baru ini.

Anjuran tersebut dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Sukan Ekstrem Wilayah Persekutuan Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah seperti papan luncur, aggressive in-line dan BMX.

Klinik turut diadakan kepada pendatang baru dalam sukan tersebut untuk mempelajari teknik terkini dalam sukan ekstrem.

Pengisian lain program ialah seperti Game of Skate (GOS), dimana GOS merupakan pertandingan teknikal terkini yang menjadi ikutan pengamal sukan ekstrem.

Antara penyumbang dalam pertandingan itu ialah Vans Malaysia, Cromo Bike Shop, Victorian Revival, Paadian Streetwear, BBT, HZ Skateboard, Riding High, Rupert Rage dan Kasi Jadi Apparel.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Zaini Aziz.

Ramai2
ANTARA peserta yang terlibat dalam pertandingan tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *