Dua kes kemalangan maut dan dua kes hilang upaya kekal dilaporkan – JKKP

_DSC3873 copy 2
PESERTA yang terlibat dalam Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2016.

16 Ogos 2016

LABUAN – Sebanyak 44 kes kemalangan dari tahun 2012 hingga 2015 yang melibatkan hilang tanpa upaya kekal telah diterima dan disiasat oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengarah JKKP Wilayah Persekutuan Labuan, Jinurah Sintian berkata, dalam angka tersebut, sejumlah dua kes kemalangan maut dan dua kes kemalangan melibatkan hilang upaya kekal telah diterima dan disiasat oleh pihak mereka.

“Pada tahun lalu, terdapat 4,032 kes disiasat oleh JKKP. Keadaan ini sangat membimbangkan dan perlu diberi perhatian sewajarnya. Oleh itu, pihak JKKP telah menjalankan inisiatif baru iaitu membangunkan program pengurusan higien industri yang mantap, sistematik dan mudah dilaksanakan di tempat kerja.

“Program ini dikenali sebagai Systematic Occupational Health Enhancement Level Programme atau SoHELP dan diharapkan akan membantu mengurangkan pendedahan pekerja kepada risiko kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan seperti pendedahan berlebihan kepada bahan kimia, paras kebisingan dan faktor risiko ergonomik,” katanya sebelum merasmikan Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2016 Peringkat Wilayah Persekutuan di sini baru-baru ini.

Beliau berkata lanjut, terdapat peningkatan laporan penyakit dan keracunan berkaitan pekerjaan dari tahun 2006 hingga 2015 dilaporkan kepada JKKP.

Beliau menyeru agar pihak majikan dan pekerja saling berkerjasama bagi memastikan tidak ada kemalangan berlaku di tempat kerja dan juga memberi perhatian terhadap usaha mencegah penyakit pekerjaan melalui program pengurusan kimia, bunyi bising dan ergonomik yang lebih baik.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Baker Hughes (M) Sdn Bhd dengan tema “SoHELP-Memperkasa Higien Industri”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *