Lebih 130 pelajar unit beruniform SMK Labuan turut serta dalam perkhemahan

Kem Perdana1
ANTARA pelajar yang terlibat dalam perkhemahan tiga hari tersebut.

23 Ogos 2016

LABUAN – Seramai 10 orang jurulatih dari Pasukan Latihan Negeri Pengakap Labuan turut serta dalam sesi simpulan dan ikatan sempena Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat SMK Labuan yang berlangsung pada 19 hingga 21 Ogos lalu di Pusat Ko-Kurikulum Wilayah Persekutuan Labuan.

Jurulatih Pengakap tersebut telah mengongsikan ilmu dan kepakaran mereka kepada lebih 130 orang pelajar dari sekolah itu yang terdiri daripada pelbagai cabang unit beruniform seperti kadet bomba, kadet polis, PKBM, PBSM, KRS, pandu putri, puteri Islam, pengakap dan taekwondo.

Jurucakap program, Chua Hup Bee berkata, pelajar telah diajar cara penggunaan tali, penjagaan dan kaedah ikatan serta simpulan dan kegunaannya yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *