Wanita ditangkap di salah sebuah hotel di Labuan atas servis palsu

26 Ogos 2016

LABUAN – Seorang wanita berumur 23 tahun ditahan polis setelah didapati cuba menipu mangsanya iaitu seorang lelaki di salah sebuah hotel di Labuan.

adzhar othmanKetua Polis Daerah Labuan, Superintenden Adzhar Othman (gambar) pada hari ini berkata, wanita tersebut menawarkan perkhidmatan urut kepada lelaki terbabit dengan kadar bayaran RM450.

“Pada 23 Ogos yang lalu, mangsa telah berkenalan dengan seorang wanita iaitu suspek tersebut melalui aplikasi WeChat. Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Aizel.

“Pada keesokan harinya iaitu jam 8.30 malam, suspek itu telah membuat temu janji dengan mangsa di hotel berkenaan untuk urusan pembayaran seperti yang dipersetujui oleh mereka sebelum itu,” katanya.

Adzhar berkata lanjut suspek tersebut telah mula menjalankan kegiatannya itu sejak bulan Julai yang lalu dan melibatkan empat kes termasuk mangsa terbaru.

Namun, hanya seorang mangsa iaitu mangsa terakhir yang membuat laporan polis berkenaan dengan kes itu.

Manakala beliau berkata, pihak pengawal keselamatan hotel berkenaan sudah mula menghidu kegiatan suspek terbabit melalui rakaman cctv mereka berdasarkan tiga kes yang lalu melibatkan wanita itu.

“Setelah membuat pembayaran, mangsa dan suspek telah didatangi oleh pengawal keselamatan hotel berkenaan yang menyebabkan suspek lantas berdiri dan cuba melarikan diri.

“Dari kejadian itu, mangsa mendapati suspek cuba untuk menipunya,” katanya suspek itu telah direman selama empat hari untuk disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Turut dirampas dari suspek yang tidak bekerja itu ialah telefon bimbit jenama iPhone 6s.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *