Mayat wanita ditemui di Kampung Sungai Lada, Labuan

13 September 2016

LABUAN – Mayat wanita yang hampir reput telah ditemui di kawasan tangki air Kampung Sungai Lada pada jam lebih kurang 7.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Adzhar Othman (gambar) berkata kepada pihak media, mayat tersebut telah ditemui dalam keadaan yang sudah mengembang dan wajah yang telah pun berulat.

adzhar othman“Mayat berkenaan telah ditemui oleh seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti joging di kawasan yang berhampiran dengan lokasi penemuan mayat tersebut.

“Lelaki berkenaan telah terhidu bau busuk dari arah kaki bukit yang berhampiran. Setelah memeriksa di sekitar kaki bukit tersebut, beliau terkejut apabila dia mendapati satu rangka manusia di situ lalu menghubungi pihak polis,” katanya.

Menurut Adzhar, sehari sebelum penemuan mayat berkenaan iaitu pada Ahad lalu, lelaki yang sama telah melalui kawasan tersebut ketika berjoging, tetapi tidak mengesyaki apa-apa perkara mengenai kejadian itu.

“Butir mangsa belum lagi dipastikan, dimana siasatan awal kami di lokasi kejadian mendapati mayat wanita itu dalam keadaan yang terlentang dan sebarang kecederaan pada tubuh fizikal mangsa tidak dapat dikesan disebabkan rangka mayat sudah mereput.

“Siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah yang berlaku. Namun, punca kematian belum lagi dapat dipastikan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Labuan dan bedah siasat akan dijalankan pada Khamis ini pada jam 9 pagi di Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata lanjut, siasatan lanjut akan diteruskan dan hasil bedah siasat akan dimaklumkan kemudian.

Pihak polis memohon kerjasama dari orang ramai sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai kes itu dan jika terdapat ahli keluarga atau rakan yang hilang, boleh tampil ke balai polis untuk membuat laporan.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.
1dirham-228x228


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *