Orang ramai dipelawa hadir untuk menyaksikan Borneo Arts Festival 2016

15 September 2016

LABUAN – Orang ramai dijemput datang untuk menyaksikan Festival Kesenian Borneo (Borneo Arts Festival) 2016 yang akan dianjurkan dari 16 hingga 18 September ini di Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan.

Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan (PL), Mahathir Abdul Hamid berkata, tiga acara baharu diperkenalkan pada tahun ini sempena festival itu iaitu Pertandingan Tarian bawah 12 tahun, Mukun Seborneo dan Lawan Tingkah Geruh (battle) untuk Pertandingan Tarian Terbuka.

“Objektif festival ini bertujuan untuk mencungkil bakat, mengembangkan kreativiti, menyemai estetika dan menghargai keindahan seni visual.

“Selain itu, ianya memberi sokongan dan keprihatinan untuk perkembangan seni dan warisan budaya dalam masyarakat kita.

“Festival ini juga bertindak sebagai pemangkin untuk mempromosikan ‘Pelancongan Budaya dan Seni’ di Labuan,” katanya.

Beliau berkata lanjut, Festival Kesenian Borneo (FKB) ini juga berfungsi untuk membina dan meningkatkan rangkaian, keprihatinan dan kerjasama di antara semua pemain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang seni.


“Kita juga mensasarkan untuk mendekati golongan remaja dengan menarik penyertaan mereka dalam acara yang dianjurkan agar mereka terhindar dari gejala yang tidak sihat,” katanya.

FKB merupakan anjuran PL bersama dengan agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO), dimana ianya berperanan untuk menampilkan keunikan kebudayaan Borneo yang dipamerkan dari semua sudut termasuk makanan tradisional, muzik dan tarian tradisional serta kontemporari.

Manakala, Pertandingan Gambus pula mempersembahkan Pertandingan Gambus Fusion.

Sementara, Pertandingan Fesyen pada tahun ini lebih mencabar dengan tema Mystical Borneo.

Pertandingan dan persembahan yang dianjurkan melibatkan semua lapisan umur dari kanak-kanak tadika sehingga dewasa.

Menurut Mahathir, anggaran jumlah keseluruhan bagi hadiah wang tunai
 untuk FKB ini melebihi RM80,000.

Sasaran bagi jumlah pelawat pada tahun ini ialah sebanyak 20,000 orang untuk sepanjang
 tiga hari acara FKB berlangsung. 

Sebanyak 20 buah gerai pameran dibuka kepada kolej dan agensi kerajaan serta pengusaha kraftangan dari Labuan dan Sabah, dimana gerai jualan dianggarkan melebihi dari 200 buah.

Jumlah sasaran penyertaan dalam pertandingan dan persembahan pada tahun ini dijangka melebihi 1,500 orang.

1dirham-228x228

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *