Kumpulan gambus Brunei Darussalam menjuarai pertandingan gambus fusion 2016

FOTO: YUNUS (tiga kanan) menyampaikan hadiah gambus kepada pemain gambus terbaik dari Kumpulan Irama Bahtera, Saiful sambil diperhatikan oleh Bashir (dua kanan), Azhar (dua kiri), Zamri (kanan) dan Mahathir (kiri).

17 September 2016

LABUAN – Bermula dengan petikan gambus yang menggetarkan jiwa lagi memukau penonton serta disudahi dengan persembahan yang mantap telah mengangkat kumpulan Irama Bahtera iaitu kumpulan gambus dari Brunei Darussalam sebagai juara Pertandingan Gambus Fusion dalam Festival Kesenian Borneo 2016 semalam.

Juara dalam pertandingan ini telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Sementara, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Borneo Rhythm Chamber dari Sabah dan Alun Irama juga dari Sabah.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan RM1,000.

Manakala, gelaran raja gambus iaitu pemain gambus terbaik pada malam itu dinobatkan kepada pemain gambus dari kumpulan Irama Bahtera, Saiful Rizal Sapry.

Pertandingan yang diadakan di Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan menyaksikan dua kumpulan dari Wilayah Persekutuan Labuan, dua kumpulan dari Sabah dan satu kumpulan dari Brunei Darussalam berentap dalam pertandingan gambus fusion tersebut.

Hadir untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Senator Datuk Yunus Kurus dan isteri beliau.

Turut hadir ialah pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan (PL), Datuk Bashir Alias, ketua pegawai eksekutif PL, Azhar Ahmad, timbalan ketua pegawai eksekutif (pembangunan) PL, Zamri Mohd Esa dan pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian PL, Mahathir Abdul Hamid. 

dsc_0020
PEMENANG kumpulan gambus bergambar bersama dengan tetamu VIP diakhir pertandingan itu.

1dirham-228x228

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *