Lelaki berumur 23 tahun maut di Jalan Tun Mustapha Labuan

September 18, 2016

LABUAN – Seorang lelaki berumur 23 tahun maut apabila motosikal jenis Modenas yang ditungganginya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Jalan Tun Mustapha kelmarin.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Adzhar Othman berkata kepada pihak media pada hari ini, kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 4.30 petang.

“Identiti mangsa disahkan sebagai Mohammad Shahmiezam Ismail yang bekerja sebagai buruh dan tinggal di Kampung Layang-Layangan.

“Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman tubuh, dimana mangsa telah dikejarkan ke Hospital Labuan oleh ambulans dan disahkan meninggal di hospital pada jam 5.45 petang.

“Siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal tersebut secara berseorangan dari arah bandar menuju ke Pohon Batu. Apabila tiba di tempat kejadian iaitu berdekatan dengan lampu isyarat kawasan Wong Wo Lo, mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum kemalangan itu berlaku,” katanya.

2016-09-18-photo-00000366-2

 

Adzhar berkata lanjut, penunggang tidak disyaki mabuk. Walau bagaimanapun, sampel darah mangsa akan diambil untuk mengesan alkohol dan dadah.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

1dirham-228x228

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *