Kumpulan dari Labuan menjuarai pertandingan bermukun

DARI KIRI: Mahathir, Zamri, Azhar dan Yunus bergambar bersama dengan kumpulan kumala yang menjuarai pertandingan bermukun.

19 September 2016

LABUAN – Kumpulan Kumala dari Wilayah Persekutuan Labuan telah menjuarai Pertandingan Bermukun yang diadakan pada hari kedua Festival Kesenian Borneo 2016 iaitu pada 17 September lalu.

Kumpulan tersebut telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 sebagai hadiah kemenangan mereka.

Tempat kedua pula dimenangi oleh kumpulan cucu cicit Dayang Kabong dari Mukah, Sarawak dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Selendang Sutera dari Brunei Darussalam.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,500 dan RM1,000.

Sementara itu, pemantun terbaik, penandak terbaik dan busana terbaik masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500 seorang.

Manakala, anugerah dayang gandang terbaik pula dimenangi oleh Nabila Wan Jamil dari Kumpulan Selendang Sutera. 

Sejumlah tujuh kumpulan bermukun dari Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Brunei turut serta didalam pertandingan bermukun. 

Festival Kesenian Borneo atau lebih dikenali sebagai Borneo Arts Festival (BAF) menjadi tumpuan orang ramai di sini yang menampilkan pelbagai acara kesenian dari Sabah, Sarawak dan Labuan.

Hadir untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Senator Datuk Yunus Kurus.

Turut hadir ialah ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan, Azhar Ahmad, timbalannya (pembangunan), Zamri Mohd. Esa dan pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian PL, Mahathir Abdul Hamid.

dsc_0031-copy
PEMENANG Dayang Gandang, Nabila (kanan) menerima hadiah gendang dari Yunus. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *