Kumpulan Pa’adian Seroja dipilih sebagai juara dalam pertandingan tarian kreatif bawah 12 tahun

FOTO: HJH. Dayang Pungut (berdiri empat kanan), Mahathir (berdiri tiga kiri) dan pegawai pelancongan (berdiri tiga kanan) bergambar bersama dengan kumpulan juara dalam pertandingan tarian kreatif bawah 12 tahun. 

19 September 2016

LABUAN – Kumpulan Pa’adian Seroja dari Bukit Nanas, Kuala Lumpur muncul juara dalam Pertandingan Tarian Kreatif Malaysia bagi kategori bawah 12 tahun dalam Festival Kesenian Borneo 2016 yang diadakan kelmarin.

Kumpulan itu meraih hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, dimana kumpulan ini juga memenangi anugerah koreografi dan muzik terbaik.

Sementara itu, tempat kedua diraih oleh kumpulan Auratari dari Damansara, Kuala Lumpur dan tempat ketiga oleh kumpulan Dewangga Tari juga dari Kuala Lumpur.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 dan RM1,000.

Kumpulan Dewangga Tari juga memenangi anugerah busana terbaik.

Manakala, anugerah penari perempuan terbaik diberikan kepada penari dari kumpulan Stadansa, SRK St. Agnes, Sabah iaitu Shahzriena Mat Shel.

Hadir untuk menyampikan hadiah kepada pemenang ialah isteri Senator Datuk Yunus Kurus, Datin Hjh. Dayang Pungut Abdul Jalil.

Turut hadir ialah pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan, Mahathir Abdul Hamid.

2016-09-18-photo-00000660-copy
Naib Johan.
2016-09-18-photo-00000661-copy
Pemenang tempat ketiga.
2016-09-18-photo-00000663-copy
SHAHZRIENA (dua kanan) menerima hadiah daripada Hjh. Dayang Pungut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *