Dua lelaki tempatan ditahan polis di hotel bajet, Labuan

22 September 2016

LABUAN – Dua lelaki telah ditahan polis kelmarin di salah sebuah hotel bajet di kawasan Bandar Labuan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Adzhar Othman berkata kepada pihak media hari ini, kedua suspek itu ditangkap pada jam 4.10 petang dibawah Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

adzhar othman“Kedua suspek itu merupakan penduduk tempatan dan masing-masing berumur 25 dan 21 tahun serta tidak memiliki sebarang pekerjaan.

“Mereka ditangkap kerana memiliki dadah jenis syabu dengan berat kasar 11.45 gram.

“Ketika serbuan dilakukan di bilik hotel terbabit, pihak polis telah mendapati dari kedua suspek itu, dua paket plastik lutsinar dan 22 keratan straw yang dipercayai mengandungi dadah ,” katanya.

Menurut Adzhar, anggaran harga dadah tersebut bernilai RM1,300.

Kedua suspek terbabit kini berada dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan dan bakal direman untuk siasatan lanjut sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *