Insiden jambatan runtuh di Kampung Patau-Patau Dua kejutkan rombongan lawatan kementerian

FOTO: JAMBATAN yang runtuh ketika lawatan rombongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

22 September 2016

LABUAN –Rombongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang diketuai oleh ketua setiausaha kementerian tersebut, Tan Sri Dr. Ong Hong Peng dikejutkan dengan insiden jambatan runtuh di Kampung Patau-Patau Dua kelmarin.

Rombongan tersebut yang dalam rangka lawatan kerja mereka di sini menghadapi insiden tersebut ketika melawat ke kampung itu.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan serius yang berlaku dilaporkan dalam kejadian tersebut.

2016-09-21-photo-00001970
PENDUDUK kampung membantu untuk memperbetulkan keadaan.

Dr. Ong dan rombongan dijadualkan membuat kunjungan hormat ke pejabat Ahli Parlimen Labuan merangkap pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Rozman Isli di Menara Perbadanan Labuan pada hari ini.

Seterusnya, pihak kementerian mengadakan mesyuarat dengan pihak berkaitan di sini untuk membincangkan mengenai pembangunan pelancongan di Pulau Labuan.

Antara agenda mesyuarat tersebut ialah seperti produk pelancongan, lokasi pelancongan, sistem perhubungan, perkhidmatan pelancongan dan promosi serta pemasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *