Sejumlah RM2.5 juta telah dipohon untuk baik pulih empat kampung air di Labuan

24 September 2016

LABUAN – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli (gambar) berkata, pihak Perbadanan Labuan (PL) akan membaik pulih kemudahan yang terdapat di empat buah kampung air di sini.

rozman isli copyKetika dihubungi oleh Labuan Times kelmarin, beliau yang juga merupakan pengerusi PL berkata, empat buah kampung air yang terlibat ialah Kampung Patau-Patau Satu, Kampung Patau-Patau Dua, Kampung Rancha-Rancha Laut dan Kampung Bebuloh Laut.

“Dalam mesyuarat bersama dengan timbalan perdana menteri baru-baru ini, kita telah pun memohon peruntukan sejumlah RM2.5 juta bagi tujuan baik pulih kemudahan di empat buah kampung air sini,” katanya.

Pada 21 September yang lalu, rombongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang diketuai oleh ketua setiausahanya, Tan Sri Dr. Ong Hong Peng dikejutkan dengan insiden jambatan runtuh di Kampung Patau-Patau Dua.

Rombongan tersebut dalam rangka lawatan kerja ke kampung tersebut yang merupakan salah sebuah pusat rumah inap (homestay) di Labuan.

Dalam kejadian itu, tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *