Orang ramai dipelawa hadir untuk menyaksikan kemeriahan Tamu Gadang, UMS Labuan

28 September 2016

LABUAN – Tamu Gadang 2016 iaitu program tahunan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menawarkan hadiah menarik untuk dibawa pulang oleh peserta.

Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Murnizam Hj. Halik (gambar) berkata, Tamu Gadang itu akan berlangsung pada 18 hingga 20 November tahun ini, dimana ianya menyajikan 17 acara termasuk 12 acara yang menyediakan hadiah lumayan.

Dr Murnizam copy“Antara acara itu ialah Kid’s Got Talent, Festival Tari dan Muzik Rakyat Antarabangsa, Memancing Pesisir Pantai, Bola Tampar Lelaki Terbuka, UMSKAL Cooking Battle, dan Graduate Run.

“Acara lain pula ialah Battle Of The Gyms, UMSKAL Cyber Games Challenge, Kal-Cutey Catz Competition, Tarik Tali Se-Borneo, Restaurant Cooking Battle dan Futsal Lelaki Terbuka,” katanya.

Juara bagi empat acara iaitu futsal, battle of the gyms, tarik tali dan bola tampar, masing-masing akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.

Manakala, johan bagi acara restaurant cooking battle, UMSKAL cooking battle dan memancing, masing-masing menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, RM1,200 dan RM1,000.

Dr. Murnizam berkata lanjut, pihaknya turut mengadakan simposium perubatan tradisional, forum perdana, pameran motorsikal berkuasa tinggi dan gerai Tamu Gadang.

Tamu Gadang diadakan untuk meraikan Majlis Konvokesyen UMS Ke-18 2016, dimana penyertaan daripada semua pihak sama ada dari dalam atau luar negara amat dialu-alukan.

Majlis perasmian Tamu Gadang akan diadakan pada 18 November ini.

Manakala, majlis penutupannya pula ialah pada 20 November yang berikutnya, dimana majlis penutupan itu akan dimeriahkan dengan persembahan artis tanahair.

Selain itu, Dr. Murnizam berkata, penganjuran Tamu Gadang UMS Labuan berfungsi untuk mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia ada antara pihak kampus dengan jabatan dan agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan warga Wilayah Persekutuan Labuan.

Dr. Murnizam juga yakin dengan kehadiran peserta dari Sabah, Sarawak, Semenanjung dan Brunei serta dari negara luar yang berdekatan boleh membantu menjana ekonomi dan merancakkan lagi industri pelancongan tempatan.

Mereka yang berminat menyertai Tamu Gadang UMS Labuan 2016 boleh melayari laman web UMSKAL pada www.kal.ums.edu.my/tamugadang untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *