Tiga pelajar ILP harumkan nama Labuan dalam Pertandingan Kemahiran Asean

1 Oktober 2016

LABUAN – Tiga pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya mengharumkan nama Labuan dalam Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) ke-11 yang diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor baru-baru ini.

Muhammad Din Duin membawa pingat emas dalam kategori penyusunan bata. Sementara rakannya, Mohd. Ferdaus Zakaria juga membawa pingat emas dalam kategori perpaipan dan pemanasan.

Manakala, Ridzuan Sibawon pula membawa pingat perak dalam kategori perpaipan dan pemanasan.

Sehubungan itu, pengarah ILP Wilayah Persekutuan Labuan, Abdullah Muhamad berkata, peserta yang mendapat emas dalam pertandingan ini akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Kemahiran Dunia di Abu Dhabi, UAE pada 14 hingga 19 Oktober tahun depan.

Sebanyak 25 bidang kemahiran telah dipertandingkan semasa ASC 2016 berlangsung.

Jumlah penyertaan dari sembilan buah negara Asean termasuk Malaysia adalah seramai 266 iaitu khusus bagi belia berumur bawah 22 tahun.

Foto: pixabay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *