Helikopter Nuri terhempas di SMK Balung Tawau

4 Oktober 2016

TAWAU – Warga sekolah SMK Balung dikejutkan apabila sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di sekolah berkenaan pada hari ini jam 9.35 pagi.

Menurut maklumat awal dari wartawan yang bergegas ke lokasi kejadian mengatakan bahawa 13 orang anggota TUDM, tujuh orang pelajar dan seorang orang awam cedera didalam insiden tersebut.

Kesemua anggota TUDM tersebut telah dikejarkan ke hospital.

Manakala, pelajar dan orang awam yang cedera dikejarkan ke klinik yang berhampiran.

Sumber lain mengatakan, 13 krew helikopter tersebut berjaya keluar dari helikopter tersebut.

Sementara, juruterbang helikopter terbabit tersepit dan berjaya dikeluarkan serta mengalami kecederaan.

2016-10-04-photo-00002236

Helikopter Nuri itu dijadualkan terbang dari Lapangan Terbang Tawau pada jam 7.35 pagi tadi menuju ke Semporna sebelum terhempas di sekolah terbabit dan telah mengenai bangunan sekolah dan kantin SMK Balung.

SMK Balung terletak kira-kira 40 Km dari pusat Bandar Tawau.

Dalam kenyataan media yang baharu dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam TUDM tadi, menyatakan bahawa helikopter tersebut yang sedang membuat latihan penerbangan itu telah membuat pendaratan cemas di sekolah tersebut.

Menurut kenyataan media itu lagi, kesemua penumpang terbabit selamat dalam nahas tersebut.

TUDM telah menghantar sepasukan penyelamat ke lokasi insiden dan telah mengawal kawasan tersebut sebelum mengambil tindakan bagi membawa keluar rangka dan serpihan helikopter itu dari kawasan insiden.

Pihak TUDM kini sedang membuat penilaian ke atas kawasan insiden sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Pada masa yang sama, TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan khas bagi mengenal pasti punca kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *