Tujuh puluh dua pain darah dikumpulkan dalam kempen derma darah

untitled2
DR. Hj. Mohd Zin (dua kiri) menyampaikan sijil kepada penderma. Turut kelihatan ialah Mohd. Alias (dua kanan) dan pemimpin pengakap yang lain.

11 Oktober 2016

LABUAN – Sejumlah 72 pain darah telah berjaya dikumpul dalam Kempen Derma Darah anjuran Persatuan Pengakap Labuan dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan di ruang legar Ujana Kewangan pada 9 Oktober yang lalu.

Jurucakap Persatuan Pengakap Labuan, Rosni Mohd. Daud berkata, kempen tersebut yang bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga tempatan.

“Penderma datang berkumpul di ruang legar Ujana Kewangan seawal jam 9 pagi untuk pendaftaran dan pemeriksaan jenis darah sebelum mereka mula menderma.

“Kempen yang diadakan itu bagi menampung kekurangan darah dan seterusnya untuk memastikan bekalan darah di Unit Tabung Darah Hospital Labuan cukup menjelang cuti sekolah ini,” katanya.

Turut hadir dalam kempen itu ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mej. Jen. Prof. Datuk Dr. Hj. Mohd Zin Bidin, dimana beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada penderma.

Hadir sama dalam kempen tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri, Datuk Seri Hj. Alias Abdul Rahman, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negara, Skip Gordon Koh dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Skip Hong Heng Chee.

Kempen derma darah ini ditaja oleh Financial Park Labuan, Tupperware Labuan dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Skip Hong Heng Chee.

untitled1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *