Tiga belas ahli terima tauliah pelantikan dari ketua pesuruhjaya pengakap di Labuan

12 Oktober 2016

LABUAN – Seramai lapan ahli BP Guild (BPG) dan lima ahli Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan (PPRM) telah menerima tauliah pelantikan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mej. Jen. Prof. Datuk Dr. Mohd Zin Bidin di sini baru-baru ini.

Penyerahan tauliah pelantikan itu diikuti dengan lafaz ikrar taat setia dihadapan Dr. Mohd Zin sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri, Datuk Seri Mohd Alias Abdul Rahman.

Selanjutnya, Dr. Mohd Zin menyampikan sijil kepujian kepada ketua pengakap negara, Arni Samiyati Abdol Samat, pingat perkhidmatan setia kepada Nordin Mokhtar dan pingat jasa pengakap kepada Ismail Gustim, Samsuri Amin dan Wan Rodzali Wan Othman yang banyak berjasa kepada pergerakan pengakap.

Dalam majlis itu juga, Rozman telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan bagi memantapkan lagi pembangunan pergerakan pengakap di Labuan.

Sejurus selesai majlis, barisan pemimpin pengakap tersebut berkunjung ke beberapa rumah golongan yang kurang bernasib baik di sekitar Labuan sebagai amal kebajikan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *