Pokok tumbang halang penghuni keluar rumah di Patau-Patau Satu

FOTO: SITUASI pokok yang tumbang itu menghalang penghuni rumah untuk keluar.

18 Oktober 2016

LABUAN – Hujan lebat dan angin kencang semalam menyebabkan sebatang pokok mangga tumbang di hadapan halaman sebuah rumah di Kampung Patau-Patau Satu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal@Zainal Madasin berkata pagi tadi, pihak mereka telah menerima panggilan daripada pemilik rumah tersebut untuk memaklumkan keadaan tersebut pada jam 7.43 pagi.

“Pokok tersebut tumbang di hadapan halaman rumah berkenaan dan menghalang penghuninya daripada keluar dari kawasan halaman rumah mereka.

“Namun demikian, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya.

Sejumlah lapan anggota bomba dan penyelamat terlibat didalam operasi memotong dan membersihkan pokok yang tumbang itu.

2016-10-18-photo-00000580
KEADAAN selepas pokok yang tumbang itu dipotong dan dibersihkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *