Penyertaan Larian Siswazah UMS Labuan 2016 masih dibuka kepada orang ramai

20 Oktober 2016

LABUAN – Lebih kurang 500 orang dijangka menyertai Larian Siswazah UMS Labuan 2016 yang akan diadakan pada 20 November ini sempena Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Jurucakap bagi acara tersebut berkata, pihak penganjur telah menerima penyertaan dari Brunei, Indonesia, Sabah, Sarawak, Semenanjung dan Labuan sendiri untuk acara tersebut.

“Larian sejauh 11 kilometer itu akan melalui Jalan Bebuloh, Jalan Bukit Timbalai, Jalan Sungai Miri dan Sungai Pagar.

“Larian ini akan bermula dan tamat di UMSKAL,” katanya.

Terdapat empat kategori dalam acara ini iaitu lelaki dan wanita terbuka (13 hingga 39 tahun), dan lelaki dan wanita veteran (40 tahun ke atas).

Sehubungan itu, juara bagi setiap kategori bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM700.

Sementara itu, pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat dalam setiap kategori, masing-masing akan menerima RM500, RM300 dan RM200.

Semua pemenang turut menerima medal.

Penyertaan bagi acara larian ini masih lagi dibuka kepada orang ramai dan mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam larian ini boleh berhubung dengan Saradli (087-593000), Effa (087-466751) dan Azlan (014-3599952).

Foto: pixabay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *