Rumah terbakar sepenuhnya di Beaufort dan mangsa pengsan di Pekan Kundasang

FOTO: RUMAH yang terbakar di Kampung Gadong.

24 Oktober 2016

BEAUFORT – Penduduk Kampung Gadong dikejutkan dengan kejadian kebakaran sebuah rumah di kampung tersebut kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Hj. Nordin Fauzi berkata, bilik operasi Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort telah menerima panggilan kecemasan berkenaan dengan insiden itu pada 8.04 pagi.

“Rumah seluas 40 x 60 kaki itu terbakar 100 peratus. Namun, tiada mangsa yang dilaporkan cedera atau maut dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, satu lagi kejadian kebakaran yang melibatkan restoran dilaporkan berlaku di Pekan Kundasang pada jam 8.17 malam kelmarin.

“Restoran seluas 30×40 kaki itu juga terbakar sepenuhnya,” kata Hj. Nordin.

Menurut beliau, seorang mangsa dilaporkan pengsan dalam kejadian di Pekan Kundasang itu, dimana mangsa telah dikejarkan ke hospital dengan menggunakan jentera milik Balai Bomba dan Penyelamat Ranau.

Punca kejadian dan anggaran kerugian bagi kedua insiden masih lagi dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *