Bengkel kereta hampir musnah dalam kebakaran di Sandakan

FOTO: ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha untuk memadamkan kebakaran tersebut.

25 Oktober 2016

SANDAKAN – Hampir 50 peratus bengkel membaiki kereta di Jalan Baru Batu 8 sini musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Hj. Nordin Fauzi berkata, bilik operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 9.49 pagi.

“Anggota kami bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan itu. Jarak untuk ke lokasi terbabit dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan ialah 9 kilometer.

“Tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kejadian kebakaran bengkel seluas 100×50 kaki persegi itu,” katanya.

Operasi pemadaman kebakaran itu mula terkawal pada jam 10.07 pagi dan tamat pada 11.27 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian dalam insiden itu tidak diketahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *