Kes rogol di Kampung Ganggarak: Bapa saudara direman

26 Oktober 2016

LABUAN – Dua suspek kes rogol telah ditahan dan direman polis selama seminggu berikutan aduan yang dilaporkan oleh mangsa perempuan berumur 13 tahun di sini.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Adzhar Othman (gambar) berkata kepada pihak media hari ini, suspek pertama merupakan bapa saudara mangsa, berumur 30 tahun iaitu adik lelaki kepada bapa mangsa.

adzhar othman“Kejadian rogol pertama iaitu antara mangsa dan suspek pertama berlaku di Kampung Ganggarak pada hujung Disember tahun ini bertempat di rumah nenek mangsa.

“Masa kejadian rogol itu berlaku lebih kurang jam 11 malam, dimana suspek telah masuk ke dalam bilik tidur mangsa untuk melakukan jenayah rogol tersebut.

“Menurut mangsa, kejadian rogol itu berlaku sekali antara mangsa dan suspek. Suspek terbabit mengatakan kepada mangsa agar merahsiahkan perkara tersebut,” katanya.

Kemudian pada Jun tahun ini, mangsa yang telah pun mempunyai teman lelaki iaitu suspek kedua, berumur 17 tahun turut melakukan hubungan seks secara sukarela bersama dengan teman lelakinya itu.

Dalam laporan mangsa, beliau melakukan hubungan seks bersama dengan suspek kedua itu di Kampung Lajau pada jam 4.30 petang.

Mangsa juga melaporkan bahawa hubungan seks antara mangsa dan suspek kedua berlaku beberapa kali.

“Keluarga kedua mangsa dan suspek kedua saling kenal mengenali antara satu sama lain.

“Laporan polis telah dibuat apabila ibu mangsa mengesyaki anak perempuannya itu bukan lagi perawan lalu bertanya kepada mangsa untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Mangsa pada mulanya hanya mengaku bahawa dirinya telah dirogol oleh suspek pertama iaitu bapa saudaranya dan melakukan hubungan seks secara sukarela dengan suspek kedua,” katanya.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Mangsa telah ditemani oleh ibunya ke balai polis untuk membuat laporan berkenaan dengan jenayah rogol tersebut.

Suspek pertama direman bermula pada hari ini. Manakala, suspek kedua yang ditangkap dirumahnya direman bermula kelmarin.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *