Miliki dadah: Wanita ditahan di Taman Mutiara, Sungai Bedaun

27 Oktober 2016

LABUAN – Seorang wanita berumur 34 tahun direman polis setelah didapati memiliki dadah jenis syabu dengan berat kasar 1.29 gram di Blok L, Taman Mutiara, Sungai Bedaun.

adzhar othmanKetua Polis Daerah Labuan, Superintenden Adzhar Othman (gambar) berkata kelmarin, serbuan oleh enam anggota polis yang diketuai oleh ASP Halimah Abdullah didalam bilik suspek terbabit telah mendapati tiga keratan straw dan satu paket plastik lutsinar kecil yang disyaki berisi syabu.

“Serbuan ini dilakukan pada 25 Oktober lalu jam 3.50 petang. Anggaran kasar harga syabu tersebut bernilai RM200, dimana suspek dan barang kes telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, suspek tersebut direman selama empat hari dan disiasat dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *