Program joran bersama komuniti WP Labuan pada 12 November ini

FOTO: Gambar Hiasan.

30 Oktober 2016

LABUAN – Penggemar dan kaki pancing berpeluang untuk turut serta dalam Program Joran Bersama Komuniti Wilayah Persekutuan Labuan pada 12 November ini.

Jurucakap bagi program itu berkata, program itu akan diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan bermula seawal jam 8 pagi.

“Dalam program ini, peserta akan diberi pendedahan berkenaan dengan peralatan memancing dan umpan tiruan serta kegunaannya.

“Peserta juga akan menjalani sesi praktikal untuk memantapkan skil memancing mereka.

“Program yang dijangka berakhir pada jam 4.30 petang ini, diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta,” katanya.

Yuran penyertaan bagi aktiviti itu hanyalah RM20 sahaja.

Untuk keterangan lanjut, boleh berhubung dengan Usama Ibrahim di talian 087-408710.

Foto: pexels

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *