Bayi berumur lapan bulan antara mangsa kebakaran di Lahad Datu

31 Oktober 2016

LAHAD DATU – Dua mangsa dilaporkan cedera dalam satu insiden kebakaran yang berlaku pada hari ini di Kampung Buang Sayang sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Hj. Nordin Fauzi berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu telah menerima panggilan kecemasan berkenaan dengan kejadian itu pada jam 8.53 pagi.

“Mangsa pertama dikenal pasti sebagai Waasi Laali iaitu wanita berumur 50-an melecur ada bahagian muka dan tangan. Sementara, mangsa kedua, bayi lelaki, Gairel Latiga berumur lapan bulan melecur pada bahagian tangan.

“Kedua mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata lanjut, rumah jenis kayu yang berukuran 30 kaki lebar dan 50 kaki panjang itu telah hangus terbakar sepenuhnya.

Turut terbakar dalam kejadian itu ialah sebuah kereta jenis Toyota XL.

Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *