Notis gangguan bekalan air: Beberapa lokasi di Labuan dijangka terkesan

FOTO: Gambar Hiasan.

1 November 2016

LABUAN – Pihak Jabatan Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan memaklumkan kepada orang ramai mengenai kerja penyelenggaraan yang akan dilaksanakan pada esok hari (2 November) dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Jurucakap jabatan tersebut berkata, beberapa tempat di pulau ini akan mula mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja penyelenggaraan itu yang dijangka mula berlaku pada Khamis ini iaitu 3 November.

“Antara lokasi yang terkesan dengan gangguan tersebut ialah seperti di Layang-Layangan, Sungai Labu, Merinding, Lajau, Batu Manikar, Ganggarak, Bukit Kalam, Bukit Kuda, Sungai Lada, Sungai Miri, Sungai Bedaun, Kiamsam, Taman Mutiara, Taman Mahkota, Sungai Buton dan Taman Orchid.

“Kerja penyelenggaraan itu dilakukan untuk menggantikan injap sesalur paip utama yang bocor di kawasan IPS Bukit Kalam,” katanya.

Sehubungan itu, pihak jabatan berharap agar pengguna dapat menjimatkan penggunaan air serta mengadakan simpanan sepanjang tempoh kerja penyelenggaraan berkenaan.

Menurut jurucakap jabatan itu lagi, pemulihan bekalan air selepas kerja penyelenggaraan tersebut akan berlaku secara berperingkat.

Sebarang masalah yang dihadapi berikutan gangguan sementara bekalan air ini, bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui talian 1-300-22-0028.

Foto: pexels

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *