Jalan berhadapan Dataran Merdeka Labuan ditutup sementara waktu

FOTO: JALAN berhadapan dengan Dataran Merdeka yang akan ditutup buat sementara waktu.

3 November 2016

LABUAN – Orang ramai di sini dimaklumkan bahawa jalan raya berhadapan Dataran Merdeka di sini akan ditutup buat sementara waktu bermula dari 15 November ini sehingga 28 Februari 2017.

Jurucakap Perbadanan Labuan (PL) berkata, penutupan jalan tersebut bagi tujuan melaksanakan kerja menaik taraf di jalan berkenaan oleh pihak kontraktor yang telah dilantik.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 087-408710/85.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *