Murid PPKI SK Pekan Satu menjelajah timba ilmu dan pengalaman

FOTO: PELAJAR, guru dan ibu bapa mengambil gambar kenangan di Desa Cattle Dairy Farm.

3 November 2016

LABUAN – Seramai 15 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Pekan Satu (SKPS) baru-baru ini telah mengadakan Program Kembara Di Bawah Bayu.

Penyelaras Pendidikan Luar PPKI SKPS, Amshari Muhaili berkata, program selama empat hari dan tiga malam itu bersifat santai, dimana pelajar diajak untuk menghayati keindahan flora dan fauna di sekitar kawasan Sabah.

“Antara lokasi yang dilawati oleh murid PPKI ialah seperti di Taman Hidupan Liar (Lok Kawi) Desa Cattle Dairy Farm (Kundasang), Poring Hot Springs (Ranau), rumah terbalik dan 3D Wonders Museum (Tamparuli), Taman Buaya (Tuaran) dan Taman Perdana, Tanjung Aru,” katanya.

Beliau berkata lanjut, murid PPKI yang diiringi tujuh orang guru dan tiga orang ibu bapa itu juga turut merasai pengalaman memasuki panggung wayang di Centre Point.

“Murid kelihatan teruja kerana ada diantara mereka yang baharu pertama kali masuk ke panggung wayang untuk menonton wayang.

“Pengalaman seperti ini sudah pastinya akan menambah koleksi pengalaman didalam memori mereka,” katanya.

Sebelum itu, pada bulan April yang lalu, murid PPKI SKPS itu menjelajah ke Brunei dan Miri, Sarawak.

Sementara itu, penolong kanan PPKI SKPS, Basneh Jamilide berkata, beliau menyokong penuh penganjuran program seperti itu agar murid PPKI didedahkan dengan dunia luar serta dapat berinteraksi dengan masyarakat.

“Pengalaman di dalam bilik darjah hanyalah separuh daripada pengalaman sebenar. Murid PPKI perlu diberi peluang untuk meneroka tempat lain agar generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah dapat dilahirkan.

“Pendek kata, jauh perjalanan luas pemandangan,” katanya dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru PPKI yang terlibat dengan lawatan itu serta yakin bahawa mereka telah memperolehi pengalaman berguna dalam mengendalikan murid istimewa tersebut.

rumah-terbalik
PELAJAR melawat rumah terbalik di Tamparuli.
lok-kawi
PELAJAR merasa teruja dengan lawatan mereka di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *