Kampung Rancha Rancha Darat dilanda banjir

FOTO: BEBERAPA buah rumah terkesan oleh banjir tersebut.

5 November 2016

LABUAN – Anggota bomba dan penyelamat Labuan pagi tadi melawat ke Kampung Rancha-Rancha Darat berikutan kes banjir yang berlaku di kampung itu akibat hujan lebat semalam dan awal pagi hari ini.

Jurucakap anggota berkata, mereka tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berkenaan dengan insiden itu, tetapi demi tanggungjawab, pasukan yang diketuai oleh Penguasa Bomba Irwan Sinan bersama tujuh anggota bomba dan penyelamat lain, hadir ke lokasi yang terlibat untuk memantau keadaan tersebut.

Turut membantu ialah anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

2016-11-05-photo-00000655

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *