Lima buah rumah terbakar di Sembulan

5 November 2016

KOTA KINABALU – Lima buah rumah telah hangus terbakar sepenuhnya di Kampung Sembulan Tengah kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Hj. Nordin Fauzi berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu telah menerima panggilan kecemasan berkenaan dengan insiden itu pada jam 2.10 petang.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya, dimana operasi memadamkan kebakaran itu tamat pada jam 4.34 petang.

Seramai 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu terlibat didalam operasi memadamkan kebakaran itu serta dibantu oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dan Penampang.

Punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *