Banjir Kilat: Pihak Bomba dan Penyelamat Keningau pantau kawasan Sungai Pampang

6 November 2016

KENINGAU – Pasukan Bomba dan Penyelamat Keningau membuat pemantauan terhadap banjir kilat yang berlaku di sekitar Sungai Pampang sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Hj. Nordin Fauzi berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Keningau telah menerima panggilan berkenaan dengan banjir kilat itu pada jam 2.33 petang.

“Tiada operasi pemindahan mangsa dijalankan di sekitar kawasan tersebut buat masa ini. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Jarak lokasi terbabit dari Balai Bomba dan Penyelamat ialah sejauh 2 kilometer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *