Hujan Lebat: Pokok hempap Honda CRV di Kampung Pantai

6 November 2016

LABUAN – Disebabkan hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu, sebatang pokok tumbang menghempap kenderaan Honda CRV di Jalan Haji Kudus, Kampung Pantai pada pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal@Zainal Madasin berkata, pihak mereka telah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.19 pagi.

“Pokok tersebut tumbang akibat struktur tanah yang menjadi lembut disebabkan hujan yang berterusan.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini. Namun, kenderaan berkenaan mengalami kerosakan termasuk cermin pada bahagian depan kenderaan itu pecah akibat hempapan pokok yang tumbang itu,” katanya.

Anggota bomba dan penyelamat menggunakan mesin gergaji untuk memotong pokok tersebut.

Turut terlibat dalam operasi yang tamat pada jam 11.38 pagi itu ialah anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

2016-11-06-photo-00000671

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *