Pemandu jentera penggelek jalan maut di Bukit Kokol

12 November 2016

KOTA KINABALU – Pemandu jentera penggelek jalan berumur 36 tahun meninggal dunia pada hari ini apabila jentera tersebut terbabas lalu terbalik di Jalan Bukit Kokol sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Hj. Nordin Fauzi berkata, mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Davines Lukas.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan itu pada jam 3.58 petang, dimana jarak ke lokasi sekitar 13 kilometer. Mangsa tersebut didapati tersepit sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota kami.

“Mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pihak ambulan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya” katanya.

Anggota bomba dan penyelamat yang hadir ke lokasi kejadian ialah anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Likas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *