Sembilan orang telah ditangkap dalam Ops Sarang di Labuan

FOTO: ANGGOTA polis menahan suspek untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan. 

November 16, 2016

LABUAN – Dua kertas siasatan telah dibuka terhadap dua lelaki yang telah ditahan oleh pihak polis kelmarin di Kampung Baru dan Kampung Baru Selamat sini kerana disyaki terlibat dengan aktiviti dadah.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Adzhar Othman berkata kepada pihak media hari ini, kedua suspek itu yang masing-masing berumur 35 dan 32 tahun telah ditahan dalam ‘Ops Sarang’. 

“Suspek pertama (berumur 35 tahun) telah ditahan ketika anggota polis membuat serbuan ke rumah suspek terbabit di Kampung Baru Selamat. Setelah diperiksa, pihak polis telah menemui 25 keratan straw berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu diletakkan dalam kotak rokok pada poket seluar suspek tersebut.

“Anggaran berat kasar dadah tersebut ialah 5.14 gram. Suspek terbabit juga didapati positif dadah melalui ujian saringan awal dan telah ditahan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Manakala, suspek kedua pula ditahan ketika beliau sedang berbaring di atas kerusi panjang pada ruang tamu rumahnya di Kampung Baru.

Menurut Adzhar, pihak polis telah menemui satu paket plastik lutsinar dan satu keratan straw panjang yang berisi ketulan kristal jernih di atas meja yang berhampiran dengan suspek.




“Isi kandungan pada paket plastik dan straw itu dipercayai dadah jenis syabu. Anggaran berat kasar dadah tersebut ialah 5.22 gram. Hasil saringan awal juga mendapati suspek positif menggunakan dadah dan ditahan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Salah seorang suspek juga didapati tidak mempunyai dokumen diri dan tidak bekerja.

Adzhar berkata lanjut, kedua suspek telah direman selama empat hari sehingga 19 November ini.

Turut serta dalam operasi tersebut ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Sementara itu, pihak polis mensasarkan tiga kampung iaitu Kampung Baru, Kampung Baru Selamat dan Kampung Saguking dalam Ops Sarang ini yang dilaksanakan dari jam 4.30 hingga 9 pagi.

Adzhar berkata lanjut, sejumlah 25 orang telah diperiksa, dimana sembilan orang termasuk seorang wanita telah ditangkap dalam operasi ini.

Selain disyaki terlibat dengan aktiviti dadah, enam tahanan iaitu lima lelaki dan seorang wanita di atas tidak memiliki dokumen diri.

2 thoughts on “Sembilan orang telah ditangkap dalam Ops Sarang di Labuan

  • November 16, 2016 at 8:02 pm
    Permalink

    Serbuh lagi dekat kampung saguking laut labuan juga banyak pengedar tu..orang kampung sana tidak berani memberitahu pihak atasan..mereka banyak pendatang masalah sehingga budak bawa umur pun mengambil dadah dan syabu..cepat+ la bertindak di kawasan tersebut..PATI pun ramai berada di kampung tersebut

    Reply
  • November 22, 2016 at 8:23 pm
    Permalink

    Assalamualaikum..saya ingin memberi info tentang penjual syabu yang kena serbuh baru-baru ini di kampung saguking lari ke sabah sandakan satu keluarga pada hari ini 22.11.2016,mereka ingin mengelak daripada di tangkap oleh polis dan setiap kali ada serbuhan berlaku di kampung tersebut mereka akan bersembunyi di dalam bakau yang ada di sekililing kampung tersebut..saya hanya berharap pengedar dadah ini dapat di tangkap segera bagi keamanan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *