Wanita terjatuh gaung ketika mendaki Bukit Kubong

FOTO: MANGSA tersebut diusung keluar dari kawasan gaung untuk dihantar ke Hospital Labuan.

20 November 2016

LABUAN – Seorang wanita berumur 26 tahun terjatuh di kawasan gaung ketika melakukan aktiviti hiking di Bukit Kubong petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal@Zainal Madasin berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 4.32 petang.

“Mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Siti Roziah Jamal, dimana beliau mengalami kecederaan luka pada bahagian kepala.




“Ketika anggota kami tiba di tempat kejadian, mangsa terbabit yang berada dalam keadaan tertiarap masih dalam keadaan yang sedar dengan kepala berdarah.

“Pasukan ‘Emergency Medical Rescue Service’ (EMRS) melaksanakan rawatan awal terhadap mangsa serta memastikan tiada kecederaan serius yang dialami olehnya. Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Labuan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Layangan terlibat didalam operasi tersebut yang tamat pada jam 5 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *