Kemalangan: Seorang mangsa meninggal dunia dan dua lagi cedera parah di Kuala Penyu

21 November 2016

KUALA PENYU – Seorang mangsa lelaki berumur 39 tahun meninggal dunia apabila kereta Honda City yang dipandunya bertembung dengan lori jenis tiga tan di Jalan Kampung Nukahan, Kuala Penyu pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Hj. Nordin Fauzi berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 8.40 pagi.

“Mangsa yang meninggal dikenal pasti sebagai Epol Akiw yang memandu berseorangan ketika kejadian tersebut berlaku.

“Sementara itu, pemandu lori yang dikenal pasti sebagai Edward Roney, berumur 46 tahun dan penumpang lori tersebut, Parry Liwin, berumur 33 tahun turut mengalami kecederaan yang serius dalam kejadian itu,” katanya.

Lapan lagi mangsa iaitu penumpang lori itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital oleh pihak ambulans.

Menurut pihak polis, kes tersebut akan disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *