Pendaftaran Pusat Bimbingan Tahfiz Qur’an Al-Ummi Labuan dibuka pada 3 – 4 Disember ini

23 November 2016

LABUAN – Pusat Bimbingan Tahfiz Qur’an Al-Ummi (PBTQAU) kini membuka pendaftaran bagi pelajar baharu bagi sesi tahun 2017.

Jurucakap pusat tersebut berkata, tarikh pendaftaran ialah pada 3 hingga 4 Disember ini iaitu dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari.

“Pendaftaran ini terbuka kepada semua umat Islam. Tiada had umur untuk pendaftaran bagi golongan wanita dan bagi lelaki, had umur dari enam hingga 15 tahun.

“Bagi golongan muallaf, yuran adalah percuma,” katanya.

Jurucakap tersebut berkata lanjut, terdapat tiga program dalam pengajian di PBTQAU.

“Program pertama ialah bagi pelajar harian (sepenuh masa) dari hari Isnin hingga Jumaat iaitu dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang.

“Program kedua pula terdapat dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Bagi sesi pagi, pengajian bermula dari hari Isnin hingga Khamis (9 hingga 10 pagi) khusus bagi mereka yang berumur 15 tahun ke atas. Sesi kedua pula, dari jam 3 hingga 5 petang khusus bagi kanak-kanak berumur antara 5 hingga 15 tahun.

“Program ketiga merupakan pengajian flexibel, dimana kaedah pembelajaran tidak tertakluk kepada jadual persekolahan biasa dan boleh bercuti pada bila-bila masa,” katanya.

Ketika hari pendaftaran, ibu bapa perlu membawa anak mereka bersama ke PBTQAU yang terletak di belakang Balai Bomba dan Penyelamat, Kampung Jawa serta berhampiran dengan bangunan Mahkamah Syari’ah Labuan.

Bagi keterangan lanjut, bolehlah menghubungi Ustazah Raudhah pada talian 016-9226096 atau datang ke PBTQAU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *