Lebih 50 anugerah disampaikan dalam Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Labuan

FOTO: RAISIN (duduk lima kiri) bergambar bersama dengan penerima anugerah dalam majlis tersebut.

27 November 2016

LABUAN – Lebih daripada 50 anugerah daripada 23 kategori telah disampaikan dalam Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Labuan yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Sungai Lada baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin berkata, anugerah tersebut ialah sebagai pengiktirafan kepada hasil usaha, kesungguhan dan pencapaian terbaik yang ditunjukkan oleh pihak sekolah dalam bidang pusat sumber sekolah dan ICT.

“Setiap kategori anugerah telah dikenal pasti untuk diberi pengiktirafan, dimana kesemuanya melibatkan bagaimana teknologi pendidikan yang mlerangkumi pusat sumer sekolah dan peralatan ICT itu direka bentuk agar dapat digunakan atau dapat menyumbang kepada akses maklumat khususnya kepada murid sama ada di dalam bilik darjah mahu pun di luar bilik darjah,” katanya.

Antara anugerah yang diberikan ialah anugerah pusat sumber cemerlang, anugerah pusat sumber pencapaian lima bintang, anugerah makmal komputer terbaik, anugerah laman web sekolah, anugerah pengurusan pusat akses sekolah terbaik, anugerah pembestarian sekolah dan anugerah pengurusan data sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *