Sumbangan dan peranan pihak media di Labuan dihargai dan diiktiraf – JBPL

FOTO: JAINAL (depan, enam kiri) dan Alias (depan, tujuh kanan) bergambar bersama dengan wakil organisasi media dalam majlis penghargaan tersebut. Turut kelihatan ialah pegawai JBPL.

6 Disember 2016

LABUAN – Sumbangan pihak media di Labuan wajar dihargai atas peranan mereka didalam memastikan setiap penyampaian maklumat berkaitan kes kecemasan dan program Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan (JBPL) adalah tepat.

Pengarah JBPL, Jainal@Zainal Madasin dalam ucapannya berkata, pihak media berjaya memastikan spekulasi negatif berkaitan kes kecemasan yang dihadiri oleh pihak bomba tidak tersebar luas memandangkan fakta sebenar disebarkan oleh pihak media melalui saluran media arus perdana, laman sosial dan sebagainya.

“Pihak media sememangnya komited didalam menjalankan tugas mereka walaupun dibebani dengan kerja yang semakin mencabar.




“Mereka selalu membantu pihak JBPL didalam apa juga program yang dianjurkan serta membantu menaikkan imej jabatan di mata masyarakat,” katanya sempena Majlis Apresiasi Pegawai Bersama Media 2016 yang diadakan pagi tadi di Dewan Mutiara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan.

Antara organisasi media yang menerima pengiktirafan dan sijil penghargaan dari Jainal dalam majlis itu ialah Labuan Times, Bernama, RTM Labuan, Jabatan Penerangan Labuan, New Sabah Times, Oversea Chinese Daily News, Asia Times dan See Hua Daily News.

Sementara itu, dua orang pegawai JBPL iaitu Khoo Bujang dan Jankey Anak Jikat yang bakal berpindah tugas ke Sarawak turut diraikan dalam majlis tersebut.

Hadir sama ialah timbalan pengarah JBPL, Alias Abu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *