KPDNKK Labuan hargai usaha dan peranan media

FOTO: ARUN (depan, lima kanan), Mohd Fikri (depan, kiri) dan Jainuddin (empat kanan) bergambar bersama dengan wakil media yang menerima sijil penghargaan tersebut.

8 Disember 2016

LABUAN – Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Labuan menghargai sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh pihak media di Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengarah KPDNKK Labuan, Arun Fazhillah Hamdan dalam ucapannya ketika Majlis Apresiasi Media anjuran KPDNKK Labuan yang diadakan di Palm Beach Resort and Spa semalam, berharap agar hubungan dua hala dengan pihak media dapat diteruskan.

Dalam majlis itu, lapan wakil organisasi media di Labuan telah menerima sijil penghargaan dari Arun iaitu, Labuan Times, New Sabah Times, Bernama, RTM Labuan, Jabatan Penerangan Labuan, Oversea Chinese Daily News, See Hua Daily News dan Asia Times.

Hadir sama dalam majlis itu ialah ketua penguatkuasa KPDNKK Labuan, Mohd Fikri Lai Abdullah dan presiden Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainuddin Djimin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *