Staf Jabatan Penerangan Labuan capai KPI 2016

FOTO: AZMAN (depan, empat kanan) dan Abdul Aziz (depan, tiga kanan) memotong kek untuk meraikan staf Jabatan Penerangan Labuan yang menyambut hari lahir pada bulan Disember. Turut kelihatan staf jabatan tersebut.

11 Disember 2016

LABUAN – Budaya kerja berasaskan inovasi dan kreativiti merupakan agenda kerajaan didalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi aspirasi rakyat.

Pengarah Jabatan Penerangan Labuan yang baharu, Azman Sipan berkata, pihak kerajaan telah merangka pelan dan strategi untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pada tahun 2017.

“Tugas kita ialah membudayakan elemen inovasi dan kreativiti didalam kerja kita,” katanya dalam Majlis Anugerah Hari Inovasi dan Kualiti, dan Apresiasi Media yang diadakan semalam di Hotel Tiara Labuan.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua staf Jabatan Penerangan Labuan yang berjumlah 15 orang untuk membudayakan inovasi dan kreativiti dalam tugas harian mereka.




Azman berkata lanjut, Sambutan Hari Inovasi dan Kreativiti yang diadakan pada setiap tahun merupakan usaha kerajaan untuk mengiktiraf penjawat awam yang berjaya menghasilkan inovasi dan kreativiti dalam pekerjaan mereka.

Dalam majlis itu, kesemua staf Jabatan Penerangan Labuan mendapat anugerah mereka masing-masing atas pencapaian KPI mereka pada tahun ini.

Sementara itu, pihak Jabatan Penerangan Labuan turut mengiktiraf sumbangan dan kerjasama dari pihak media Labuan didalam setiap program yang dilaksanakan oleh pihak jabatan tersebut terutamanya didalam membuat liputan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah timbalan pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Abdul Aziz Salleh dan presiden Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainuddin Djimin.

AZMAN (kanan) menyampaikan sijil penghargaan media kepada Jainuddin. Turut kelihatan ialah Abdul Aziz (kiri).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *