Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Aru

FOTO: ANGGOTA bomba dan penyelamat mencari mangsa iaitu remaja lelaki itu.

12 Disember 2016

KOTA KINABALU – Remaja lelaki berumur 17 tahun dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Aru.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah,Hj. Nordin Fauzi berkata kelmarin, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 12.41 tengahari.



“Anggota kami mencari mangsa terbabit di sekitar lokasi terakhir mangsa berada sebelum hilang,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat tersebut ditangguhkan pada jam 7.15 malam.

Sejumlah 15 anggota bomba dan penyelamat termasuk penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu terlibat didalam operasi tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat oleh pasukan penyelam bomba dan penyelamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *