Rumah banglo terbakar di Penampang

FOTO: ANGGOTA bomba dan penyelamat memadamkan api pada rumah banglo tersebut.

13 Disember 2016

PENAMPANG – Sebuah rumah banglo di Kampung Ketiau sini terbakar dalam satu insiden kebakaran yang berlaku pada pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Hj. Nordin Fauzi berkata pada hari ini, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 2.37 pagi.




“Tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian ini,” katanya.

Operasi pemadaman api tersebut terkawal pada jam 3.28 pagi.

Sejumlah 10 orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang terlibat didalam operasi terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *