Masyarakat Labuan dijemput hadir ke taklimat Bajet 2017

15 Disember 2016

LABUAN: Masyarakat umum Wilayah Persekutuan Labuan dijemput hadir ke taklimat Bajet Negara 2017 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang akan diadakan pada 19 Disember ini di auditorium Sekolah Antarabangsa Labuan (Labuan International School) bermula dari jam 8.30 pagi.

Taklimat Bajet Negara 2017 itu akan disampaikan oleh Pasukan Bajet 2017 Kementerian Kewangan Malaysia yang diketuai oleh Azrin Abdul Majid. 

Labuan merupakan lokasi terakhir bagi taklimat tersebut yang bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai Belanjawan Negara 2017 yang telah dibentangkan oleh perdana menteri pada 21 Oktober lalu.

Program taklimat ini turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) dan Jabatan Penerangan Labuan.

Foto: pixabay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *