Pelajar UMSKAL sumbang dana kepada PDK Ganggarak

FOTO: PELAJAR bergambar bersama dengan pelatih PDK Ganggarak.

15 Disember 2016

LABUAN – Pelajar Kursus Muzik Moden Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) baru-baru ini telah menyumbang derma sebanyak RM600 kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kampung Ganggarak sempena program kemasyarakatan pelajar tersebut.

Pengarah kursus, Belleluck Low berkata, sumbangan tersebut bukan sahaja atas dasar memenuhi kriteria kokurikulum, tetapi, mereka ingin membuktikan bahawa masyarakat masih mengambil berat terhadap golongan insan istimewa.

Sementara itu, penyelia PDK, Safiah Nikman mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan kehadiran pelajar tersebut.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan supaya kami boleh berkongsi pengalaman muzik kepada pelatih”, katanya.

Antara aktiviti yang diadakan oleh pelajar tersebut bersama dengan warga PDK ialah seperti senam robik dan sesi memperkenalkan alat muzik.

Dalam majlis itu, Pensyarah Kursus Muzik Moden, Sairi Jair menyerahkan replika cek iaitu dana cek kepada Pengerusi PDK Mutiara, Sulaiman Bejo.

SAIRI (kiri) menyerahkan replika cek kepada Sulaiman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *