Dua lelaki dan seorang wanita di Kampung Gersik direman

22 Disember 2016

LABUAN – Dua lelaki masing-masing berumur 29 dan 23 tahun, dan seorang perempuan berumur 23 tahun telah direman polis bermula kelmarin sehingga 24 Disember ini kerana didapati memiliki dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata pada hari ini, dua suspek lelaki tersebut merupakan penduduk tempatan berasal dari Sipitang, dimana salah seorang daripadanya memiliki diploma kejuruteraan awam, sementara suspek wanita tersebut berasal dari Filipina.

“Dadah seberat 0.90 gram telah dirampas atas meja bilik sewa dimana ketiga suspek tersebut berada iaitu di Kampung Gersik ketika serbuan polis dilakukan,” katanya.

Beliau bekata lanjut, dadah tersebut dijumpai dalam tiga tiub straw berwarna hijau.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya, dimana ketiga suspek terbabit bakal dihadapkan ke mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *