Empat belas suspek ditahan di Kampung Rancha Rancha

FOTO: SUSPEK lelaki yang ditangkap dalam serbuan tersebut.

22 Disember 2016

LABUAN – Sejumlah 14 orang berumur antara 30 hingga 40 tahun telah ditangkap dalam satu serbuan yang dilakukan oleh pihak polis pada pagi tadi di Jalan Giat Mara, Kampung Rancha Rancha sini.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, operasi yang dijalankan dari jam 1 hingga 7 pagi itu bertujuan untuk memeriksa, mengesan dan menangkap penagih dadah dan pendatang tanpa izin.

“Daripada jumlah yang ditangkap itu, 12 orang daripadanya merupakan suspek lelaki dan dua lagi ialah suspek wanita. Sejumlah 12 gram dadah jenis syabu telah dirampas daripada suspek yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata lanjut, kesemua yang ditangkap merupakan warganegara.

Kesemua suspek itu akan direman selama empat hari bermula esok dan akan disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a), Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *